Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan pendudukan Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin terkorban manakala 130 yang lain cedera, menurut laporan perubatan. Foto fail AFP

Angka korban di Gaza meningkat kepada 42,010, lebih 97,720 cedera

ByBernama

GAZA, 9 Okt: Pasukan pendudukan Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin terkorban manakala 130 yang lain cedera, menurut laporan perubatan.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa bilangan kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 42,010 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 97,720 individu mengalami kecederaan.

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan-jalan merentasi di kawasan konflik, kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan