Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Bukit Semuja, John Ilus bersama-sama Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn pada Majlis Perasmian Dan Penyerapan Projek Siap GKCDA DUN Bukit Semuja. Foto: TVS

47 projek bernilai RM152.2 juta diluluskan di Bukit Semuja

SERIAN, 9 Oktober: Sebanyak 47 projek diluluskan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja di bawah Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) dengan peruntukan keseluruhan bernilai RM152.2 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus berkata, kesemua projek tersebut melibatkan 28 projek pembangunan infrastruktur dengan peruntukan RM81.9 juta, 10 projek utiliti bernilai RM12.9 juta dan lima projek pertanian dengan kos RM18 juta.

Menurutnya, daripada senarai projek tersebut, dua daripadanya melibatkan sektor pelancongan dengan kos RM12.7 juta dan dua projek sektor sosial bernilai RM25.8 juta.

“Kita di DUN Semuja mempunyai 47 projek yang keseluruhannya bernilai RM152.2 juta selepas bengkel GKCDA,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian dan Penyerapan Projek Siap GKCDA Bukit Semuja di Dewan Serbaguna Kampung Sorak Dayak Serian pada Rabu.

John berkata, daripada 47 projek yang diluluskan, sebanyak 33 projek masih dalam perancangan, enam projek sedia ditender dan enam projek sudah ditender.

Tambahnya, projek yang siap melibatkan penyambungan saluran paip retikulasi 160 milimeter (mm) dari rumah ke rumah melibatkan 40 rumah di Kampung Sorak Sumpung yang bernilai RM182,659 dan penyambungan saluran paip di Kampung Belimbing A dengan kos RM163,250.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan