KUCHING, 9 Okt: Sebanyak 40 pasukan tarian singa dan naga mengesahkan penyertaan pada Sarawak Open International Dragon and Lion Dance Cup 2024 yang berlangsung dari 26 hingga 27 Oktober.
Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pertandingan tersebut membabitkan empat kategori iaitu Tarian Singa Tradisional Selatan, Tarian Singa Pada Tiang Tinggi Selatan, Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Bercahaya.
Menurutnya, sebanyak 40Ā penyertaan pasukan tarian singa dan naga yang diterima dari Malaysia, Brunei, Indonesia Singapura dan Vietnam.
“Ia (persembahan tarian singa dan naga) akan menjadi satu persembahan berwarna-warni dan menarik kepada mereka yang menyukai atau meminati persembahan tarian singa dan naga.
“Sehubungan itu, saya menyeru peminat persembahan tarian naga dan singa untuk datang ke Stadium Perpaduan pada 26 dan 27 Oktober ini untuk menyaksikannya, tiada bayaran dikenakan,” katanya.
“Oleh demikian saya menyeru kepada peminat-peminat persembahan tarian naga dan singa untuk sama-sama ke Stadium Perpaduan pada 26 dan 27 Oktober ini menyaksikannya dan tiada bayaran tiket akan dikenakan kepada pengunjung,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Sarawak Open International Dragon and Lion Dance Cup 2024 hari ini.
Sementara itu, pengerusi penganjur Chester Lim berkata,Ā penganjuran pertandingan tersebut sudah mendapat kebenaran daripada Kesatuan Tarian Singa dan Naga Malaysia dengan format pertandingan berdasarkan pertandingan peringkat antarabangsa.
Menurutnya, terdapatĀ beberapa kriteria yang harus dipenuhi terlebih dahulu termasuk aspek pemilihan juri sebelum kelulusan untuk menganjurkan pertandingan tersebut diperoleh memandangkan partandingan turut melibatan penyertaan pasukan dari luar Malaysia.
“Bagi panel hakim atau juri untuk pertandingan ini kita akan berbincang dengan Kesatuan Tarian Singa dan Naga Malaysia sebelum mana-mana panel juri atau hakim dilantik untuk mengadili pertandingan tersebut.
“Ini bermakna kebanyakan mereka (panel juri) adalah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebelum mereka boleh dilantik menjadi panel juri,” ujarnya.-TVS