Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandu bertembung dengan pikap di Simpang Pasar Selangau, Jalan Mukah-Selangau pagi tadi. Foto JBPM

Warga emas maut, kereta dipandu bertembung pikap di Jalan Mukah-Selangau

SELANGAU, 8 Okt: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandu bertembung dengan pikap di Simpang Pasar Selangau, Jalan Mukah-Selangau pagi tadi.

Dalam kejadian itu, identiti mangsa dikenal pasti Dian Igoh, 67, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi, Chuma Jadam berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.52 pagi dengan menggerakkan 10 anggota Bălai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan jenis Perodua Myvi menghala keluar dari Simpang Selangau dan pikap menghala dari Sibu Ke Bintulu telah bertembung.

“Anggota telah bertindak mengeluarkan mangsa pemandu yang tersepit dalam kenderaan jenis Perodua Myvi dengan menggunakan rescue tool serta scoop stretcher dalam jentera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dua orang mangsa dalam kenderaan pikap berusia 36 dan 43 tahun tidak tersepit dan hanya mengalami cedera ringan.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis serta pihak perubatan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan