Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak yakin dapat membuka mata panel penilai dalam mempertimbangkan Taman Delta Geo Sarawak yang berkeluasan 3,112 kilometer untuk dimahsyurkan sebagai Taman Geo Global UNESCO (UGGp) menjelang 2026. Foto TVS

Wadah perkenal budaya tempatan kepada global

KUCHING, 8 Okt: Majlis Makan Malam Seminar Antarabangsa Aspirasi Pemasyhuran Taman Delta Geo Sarawak menjadi wadah dalam memperkenalkan keunikan budaya tempatan kepada warga global.

Keunikan aspek budaya tempatan ini merupakan salah satu kriteria yang perlu dipenuhi bagi memastikan sesebuah lokasi dipertimbang dan seterusnya diiktiraf sebagai Taman Geo Global Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Justeru menerusi inisiatif penganjuran majlis makan malam ini, Kerajaan Sarawak yakin ini akan dapat membuka mata panel penilai dalam mempertimbangkan Taman Delta Geo Sarawak yang berkeluasan 3,112 kilometer untuk dimahsyurkan sebagai Taman Geo Global UNESCO (UGGp) menjelang 2026.

Majlis Makan Malam Seminar Antarabangsa Aspirasi Pemasyhuran Taman Delta Geo Sarawak merupakan sebahagian daripada intipati seminar antarabangsa yang berlangsung bermula hari ini hingga 9 Oktober, di mana Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyempurnakan majlis perasmian seminar tersebut pada sebelah pagi Isnin.

Seminar antarabangsa ini melibatkan pelbagai pakar, penyelidik serta ahli akademik daripada pelbagai negara antaranya termasuklah Jepun, Korea serta Vietnam dalam usaha bagi meningkatkan jaringan kerjasama seperti menandatangani Memorandum Persefahaman, pembentangan kertas kerja, selain mengadakan perjanjian kepada mana-mana individu, syarikat atau komuniti untuk bersama terlibat dalam pembangunan produk-produk untuk Taman Geo Global UNESCO ini kelak.

Untuk rekod, bagi membolehkan Taman Delta Geo Sarawak diiktiraf sebagai sebuah tapak UNESCO, ia perlu memenuhi sekurang-kurangnya empat kriteria utama yang ditetapkan oleh panel penilai UNESCO.

Empat kriteria utama yang perlu diberi perhatian untuk disenaraikan sebagai UGGp termasuklah nilai universal yang ada pada geologi pada lokasi tersebut, selain struktur muka bumi, sejarah dan asal usul tempat tersebut.

Sementera kriteria ketiga dan keempat mencakupi aspek mengadakan rangkaian dengan Taman Geo Global UNESCO yang lain serta keunikan aspek budaya yang ada di sesebuah taman delta geo tersebut.

Sejak disenaraikan sebagai Taman Delta Kebangsaan pada 20 Jun 2022, Kerajaan Sarawak menyasarkan Taman Delta Geo Sarawak untuk memperoleh pengiktirafan Taman Delta Geo Global UNESCO.

Taman Delta Geo Sarawak amat unik kerana landskapnya terbentuk oleh 28 geotapak batuan, 12 biotapak (kepelbagaian biologi) dan 14 tapak budaya, selain dihuni spesies endemik di Borneo seperti Cicak Batu Fairy, Monyet Belanda dan Orang Utan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan