Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga Indonesia yang dihantar pulang dari Lubnan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta malam tadi. Foto Kemlu

Usaha pemindahan warga Indonesia diteruskan, seramai 41 orang selamat tiba dari Lubnan

ByTVS

JAKARTA, 8 Okt: Seramai 41 warga Indonesia selamat tiba di Indonesia pada malam Isnin selepas dipindahkan dari Lubnan melalui dua penerbangan komersial.

Kesemua mereka dihantar pulang sebagai sebahagian daripada usaha pemindahan untuk membawa keluar warganegara Indonesia melalui laluan darat yang panjang keluar dari Lubnan ke Jordan melalui Damsyik, Syria ke Amman.

Pengarah Perlindungan Rakyat Kementerian Luar Negeri Indonesia (Kemlu), Judha Nugraha berkata, usaha untuk membawa pulang warga Indonesia telah dilakukan sejak Israel meluaskan serangan ke atas Lubnan apabila rakyat Indonesia di sana mula terjejas.

“Selepas menentukan status ke peringkat tertinggi oleh Kedutaan Indonesia di Beirut, diputuskan untuk memindahkan semua warga Indonesia di sana yang dibahagikan kepada dua gelombang pemindahan,” katanya.

Nugraha mendedahkan seramai 41 mangsa tiba terdiri daripada 26 lelaki dan 15 wanita yang kesemuanya dalam keadaan baik manakala 25 lagi berjaya dipindahkan lebih awal.

Pada masa ini, masih terdapat 116 warga Indonesia yang masih menetap di Lubnan dan majoriti telah memilih untuk kekal di Lubnan.

Pihak Kemlu juga terus merayu kepada rakyat Indonesia yang masih berada di Lubnan untuk terus meningkatkan kewaspadaan, mengelakkan lokasi yang terdedah, mengehadkan pergerakan hanya kepada keperluan penting dan mengikuti arahan pemindahan dari Kedutaan Indonesia di Beirut.

Selaiin itu, warga Indonesia yang mempunyai rancangan perjalanan ke Lubnan, Syria, Iran, Israel, Palestin dan Yaman, diminta untuk menangguhkannya sehingga keadaan selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan