Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejak penubuhannya pada tahun 2017, UNIFOR telah memberi bantuan kepada enam buah gereja di Bario sebanyak RM1.26 juta. Foto TVS

UNIFOR salur RM470,000 untuk pembangunan gereja di Bario

ByVanessa Enjop

BARIO, 8 Okt: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) terus menunjukkan komitmen dalam menyokong pembangunan gereja di Bario dengan menyalurkan geran berjumlah RM470,000 kepada beberapa gereja tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, mengetuai lawatan bersama Pengarah UNIFOR ke gereja-gereja yang menerima bantuan tersebut.

Antaranya, Gereja Umum Bario menerima RM150,000 untuk menaik taraf bangunannya, manakala BEM Arur Dalan juga menerima RM150,000 bagi pembelian kelengkapan dan rumah pastor.

Dalam pada itu, UNIFOR turut menyalurkan RM90,000 kepada BEM Pa Ukat dan RM80,000 kepada BEM Pa Umur untuk menyiapkan bangunan gereja.

“UNIFOR terus memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan gereja di kawasan ini.

“Bantuan kewangan ini membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap komuniti di Bario,” ujar Gerawat.

Sejak penubuhannya pada tahun 2017, UNIFOR telah memberi bantuan kepada enam buah gereja di Bario sebanyak RM1.26 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan