Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Farhan Mohd Salleh bercakap kepada TVS pada ketika hadir program TVS Spotlight: Memperluas Sempadan, Menghubungkan Komuniti di Bangsar, di sini hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

TVS rakan ideal promosikan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 8 Okt: TVSarawak (TVS) disifatkan sebagai rakan penyiaran yang ideal untuk mempromosikan Tahun Melawat Negeri Sembilan (TMNS) 2026.

Pengurus Promosi dan Pemasaran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Mohd Farhan Mohd Salleh berkata ini kerana TVS memiliki segmen penonton unik yang membolehkannya mempromosikan pelancongan di Negeri Adat Pepatih itu kepada masyarakat rentas benua.

“TVS adalah antara stesen televisyen yang boleh memberikan maklumat mengenai Borneo dan Semenanjung Malaysia.

“Kami memilih TVS kerana memiliki potensi tersebut dan dengan ini kita dapat bekerjasama pada masa akan datang,” katanya.

Farhan berkata demikian kepada TVS selepas hadir program TVS Spotlight: Memperluas Sempadan, Menghubungkan Komuniti di Bangsar, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap kerjasama strategik berkenaan akan menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara untuk melawat Malaysia dan Negeri Sembilan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan