Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian penggiat industri kreatif tempatan yang hadir pada TVS Spotlight di Kuala Lumpur hari ini. Foto, Fiqri Razak (TVS).

TVS beri liputan Islamic Fashion Festival 2024 di Bangkok

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Stesen televisyen wilayah pertama di Malaysia, TVSarawak (TVS) akan memberi sokongan kepada penganjuran acara antarabangsa, Islamic Fashion Festival.

Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Kushari Abang berkata, festival yang dinaungi oleh Tengku Ampun Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand itu dijangka akan dihadiri oleh tetamu kenamaan.

“Antara tetamu kehormat yang dijangka mencemar duli menghadiri pertunjukan fesyen itu ialah Sultanah Kelantan, Tengku Permaisuri Selangor dan Raja Permaisuri Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran TVS Spotlight: Memperluas Sempadan, Menghubungkan Komuniti di Bangsar di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Sarawak Media Group (SMG), Dato Norhyati Mohd Ismail dan Ketua Pegawai Media SMG, Sardon Zainal.

https://staging.tvsarawak.my/2024/10/08/tvs-buka-pejabat-di-lembah-klang/

Sokongan yang diberikan terhadap festival berkenaan oleh TVS membabitkan liputan berita selain akan disiarkan menerusi rancangan bual bicara fesyen dan topik wanita diterbitkan iaitu Anggun.

Sementara itu beliau memaklumkan, TVS juga akan menyiarkan rancangan dan siaran langsung menarik dari seluruh negara dan antarabangsa pada tahun – tahun mendatang. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan