Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tubuh Akademi Aeroangkasa, usaha Sarawak jadi hab penerbangan global – Abang Johari

ByMarzella Sigai

LUNDU, 8 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis penubuhan Akademi Aeroangkasa Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Lundu akan merealisasikan hasrat kerajaan negeri membangunkan industri aeroangkasa di wilayah ini.

Menurut beliau penubuhan pusat latihan tersebut bertujuan bagi melatih anak-anak Sarawak untuk menceburi bidang tersebut, selain menyediakan peluang kerjaya kepada mereka.

Akademi penerbangan CENTEXS dikenali sebagai Akademi Aeroangkasa | TVS

Matlamat itu juga kata Abang Johari, bertepatan dengan hasrat Sarawak tampil sebagai hab penerbangan global di rantau ini.

“Sebenarnya, saya melihat negara-negara lain, dimana mereka telah dapat melatih anak-anak mereka dalam bidang jurusan ini dan mereka telah mendapat manfaat daripada ‘spin off’ iaitu kesan daripada industri yang sofistikated.

“Sebab itu, kita di Sarawak mencuba untuk melatih anak-anak Sarawak. Kalau dah juara SUKMA, mesti juara juga dalam aeroangkasa,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Akademi Aeroangkasa di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Lundu, di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau meyakini bahawa industri tersebut memerlukan pelajar berpengetahuan saintifik yang tinggi dalam peralihan teknologi yang semakin canggih.

“Pertamanya industri ini mahukan dedikasi yang tinggi daripada pelajar. Mereka mesti mempunyai pengetahuan tinggi dalam Sains, sama ada Fizik, Kimia sekalipun Biologi, selain dari aerodinamik.

“Sebab itu kita mesti mempunyai latihan asas dulu dan kita beralih kepada teknologi terkini dalam aeroangkasa,” ujar beliau.

Abang Johari dalam pada itu, turut memuji usaha CENTEXS dalam menyahut seruan kerajaan dengan menceburi industri yang berasaskan teknologi canggih terbabit.

Terdahulu, majlis turut menyaksikan dua memorandum perjanjian (MoA) telah ditandatangani antara CENTEXS dan Aviation Design Centre (ADC) serta CENTEXS dan I-CATS.

Kerjasama tersebut bagi memanfaatkan kekuatan dan kepakaran untuk pembangunan bakat yang komprehensif untuk melahirkan juruteknik dan pekerja profesional mahir bagi memenuhi permintaan sektor penerbangan dan aeroangkasa.

Akademi Aeroangkasa CENTEXS Lundu menawarkan enam program; Certificate in Aerospace Sheet Metal, Certificate in Aerospace Machining Operations, Certificate in Aerospace CNC Machining, Certificate in Aircraft Maintenance Engineering (Aeroplane Turbine), Certificate in Aircraft Maintenance Engineering (Helicopter turbine) dan Certificate in Aircraft Maintenance Engineering (Avionics).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan