Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kushairi Abang bercakap pada TVS Spotlight: Memperluas Sempadan, Menghubungkan Komuniti di Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini. Foto, Fiqri Razak (TVS).

SUKMA 2024: Siaran langsung televisyen, platform digital TVS cecah 85 juta

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Jumlah keseluruhan tontonan siaran langsung Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang disiarkan TVSarawak (TVS) pada Ogos lepas mencecah 85 juta.

Ketua pegawai eksekutifnya, Kushairi Abang berkata rating itu membabitkan tontonan menerusi saluran 122 di Astro selain disiarkan secara langsung menerusi platform laman web berita, YouTube, Facebook dan TikTok.

“Pada temasya itu, TVS menyediakan 21 feed siaran langsung acara sukan yang dipertandingkan, setanding Sukan Olimpik.

https://staging.tvsarawak.my/2024/10/08/tvs-buka-pejabat-di-lembah-klang/

“Ini menunjukkan TVS bersedia menyiarkan langsung acara sukan berskala besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran TVS Spotlight: Memperluas Sempadan, Menghubungkan Komuniti di Bangsar di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Sarawak Media Group (SMG), Dato Norhyati Mohd Ismail dan Ketua Pegawai Media SMG, Sardon Zainal, penggiat seni kreatif tempatan dan wakil syarikat korporat termasuk Petronas dan Affin Bank.

Pada tempoh sepanjang SUKMA dan Para SUKMA berlangsung juga kata Kushairi, kesemua platform media sosial stesen televisyen itu berjaya meningkatkan jumlah pengikut mencecah 388 873.

” Pada masa akan datang, TVS juga bersedia untuk membawa siaran langsung pelbagai acara termasuk sukan.

“Yang terdekat ialah perlawanan persahabatan membabitkan pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya di New Zealand pada 14 Oktober dan diikuti perlawanan Malaysia menentang India pada November,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan