Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben menyempurnakan Majlis Penangguhan Agriculture Community Outreach Programme (Agricop), di Rh. George Anak Chungut, di sini, hari ini. Foto: TVS

SALCRA perluas 3,800 hektar kelapa sawit komersial di Pakan

ByAhmad Burhanuddin

PAKAN, 8 Okt: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) memperluaskan projek ladang kelapa sawit sekitar 3,800 hektar di daerah Pakan selepas mendapat persetujuan pemilik tanah di sini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben berkata, projek penanaman kelapa sawit secara komersial itu bakal memberi nafas baharu kepada penduduk setempat setelah menunggu selama lapan tahun untuk diusahakan.

“Akhirnya, kita dapat lancarkan program permulaan penanaman kelapa sawit secara komersial dan besar-besaran di kawasan ini.

“Mengikut data, kita mulakan projek tersebut dengan 350 hektar untuk kita tanam dalam masa terdekat dan mungkin bermula sekurang-kurangnya pada suku pertama tahun depan kelapa sawit itu akan dapat ditanam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Agriculture Community Outreach Programme (Agricop), di Rh. George Anak Chungut, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Martin menambah, beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada tuai rumah Rh. George Anak Chungut untuk kegunaan melibatkan pendawaian dan pemasangan elektrik.

“Saya luluskan sebanyak RM10,000 kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan RM10,000 juga kepada Biro Wanita bagi rumah panjang ini sebagai tanda saya kedatangan saya di tanah Pakan ini,” ujarnya.

Difahamkan dalam projek itu, sebanyak 679 Letter of Consent (LOC) telah ditandatangani melibatkan 346 pemilik tanah terdiri daripada 144 pintu di tujuh buah rumah panjang di daerah ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Ladang Kelapa Sawit SALCRA di Nanga Tebok, Ulu Sungai Wak, di sini, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan