Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelbagai aktiviti diadakan membabitkan penduduk setempat sempena program Konvensyen GAP RISDA di Kampung Bangka Semong, Kota Samarahan. Foto Pusat Khidmat Parlimen Kota Samarahan

Platform terbaik erat hubungan silaturahim – Rubiah

KOTA SAMARAHAN, 8 Okt: Majlis Konvensyen Amalan Pertanian Baik (GAP) Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah(RISDA) menjadi platform terbaik mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, melalui aktiviti yang dianjurkan penduduk dapat mengenali lebih rapat antara satu sama lain.

“Sesungguhnya keraian seumpama ini bukan sahaja dapat memberikan kemeriahan dan keriangan bahkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Konvensyen GAP RISDA di Kampung Bangka Semong di sini, semalam.

Pelbagai aktiviti diadakan membabitkan penduduk setempat sempena program itu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak RISDA Sarawak dan GEN 16 kerana berjaya menganjurkan program yang serba serbi bermanfaat kepada belia Samarahan dan khususnya warga Kampung Bangka Semong.

Dalam pada itu, kehadiran di majlis itu menberi tuah kepada Puan Noreen Noh yang telah berjaya memenangi sebuah motosikal Aveta DY90 menerusi cabutan bertuah.

Selain daripada itu, beberapa pertandingan turut diadakan memeriahkan program ini sekali gus menarik minat penyertaan anak muda seperti Mobile Legend Bang Bang yang dimenangi oleh kumpulan Mystical One, pertandingan futsal yang dijuarai oleh Gigi FC manakala pertandingan klasik bowling nyiur tua pula dimenangi oleh Encik Ateng. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan