Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Huang merakam gambar kenangan bersama tetamu jemputan dan kumpulan persembahan perasmian acara. Foto TVS

Penganjuran Pesta Makanan beri impak positif kepada peniaga setempat

KUCHING, 8 Okt: Penganjuran Pesta Makanan dilihat mampu memberikan impak yang positif kepada masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Ini kerana menurut Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato Sri Huang Tiong Sii, Pesta Makanan sering mendapat sambutan masyarakat tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.

Selain itu katanya lagi, penganjuran Pesta Makanan juga dilihat mampu meningkatkan ekonomi terutama di kalangan peniaga setempat.

“Penganjuran Pesta Makanan telah diiktiraf sebagai usaha yang kreatif dalam usaha mempromosi dan meningkatkan pelancongan tempatan.

“Peniaga dan pengusaha makanan tempatan pula dapat memanafaatkan peluang ini untuk mempromosikan produk mereka dan meningkatkan ekonomi,” katanya.

Huang berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada acara Kita Fest dengan tema Malam Kita yang berlangsung di tapak Neon Trend Market di Kuching pada Isnin.

Dalam ucapan sama Huang turut menegaskan penganjuran Pesta Makan juga dilihat mampu memaparkan warisan kulinari dan budaya tempatan selain merapatkan silaturahim  rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang, Leftenan Jeneral bersara, Datuk Stephen Mundaw dan Ahli Majlis Perbandaran Padawan, Cr Alvin Chong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan