KUCHING, 8 Okt: Setiap jabatan atau agensi kerajaan di Sarawak diingatkan agar merangka strategi atau kaedah bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan para penjawat awam.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, satu suasana kondusif yang sistematik di tempat kerja perlu disediakan dalam memastikan semua penjawat awam dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik dan berkesan.
Katanya, aspek kebajikan pekerja seperti kenaikan pangkat dan penyediaan kemudahan-kemudahan yang dapat meringankan tahap tekanan di tempat kerja dan kehidupan peribadi penjawat awam perlu dirangka agar tidak mengganggu produktiviti mereka.
“Saya selalu menekankan bahawa kita harus merangka satu strategi ataupun langkah-langkah yang memberi penekanan kepada Kebajikan pekerjaan kita supaya kalau kita jaga kebajikan mereka agar kesejahteraan akan Sentiasa terjaga.
“Sebagai contoh soal kenaikan pangkat atau perkembangan karier dimana jangan ada penjawat awam yang tak terlalu lama berada dalam satu kedudukan sedangkan bila ada peluang untuk kenaikan pangkat, termasuk memberi penekanan soal-soal kemudahan-kemudahan yang boleh diterima mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Masjid Perasmian konferen Jubli Psikologi, Kaunseling, Dan Kesejahteraan Perkhidmatan Awam Sarawak Tahun 2024 di Kuching pada Selasa.
Tambahnya penekanan terhadap konsep satu pasukan dalam penjawat awam perlu ditingkatkan bagi mengelakkan ianya menjadi penghalang terhadap suasana kerja yang kondusif akibat daripada terdapat batasan pangkat dan sebagainya.
Jelasnya situasi tersebut hanya akan mewujudkan suasana tempat kerja yang tidak harmoni dan meningkatkan tekanan kepada para penjawat awam sehingga menghalang untuk berlakunya satu kerjasama pasukan yang baik.
“Ini juga tidak harus menjadi penghalang kepada kita untuk bekerja sebagai satu pasukan. Jadi, kenapa saya menekankan ‘one team’ dalam penjawat awam supaya mewujudkan satu suasana tempat kerja yang kondusif untuk semua.
“Ini kerana saya percaya dengan adanya suasana yang kondusif di tempat kerja melibatkan para penjawat awam akan mencipta diantara mereka sebab itu kita menekankan kepada satu pasukan dalam perkhidmatan awam dan ini semua berkait rapat dengan soal kesejahteraan hidup,” jelasnya. – TVS