Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol meninjau titian kayu yang akan dinaik taraf kepada jambatan besi dan simen. Turut sama, Tuai Rumah Lawai (kiri) dan Penghulu Abas (kanan)

Buka ruang belia terlibat dalam urus tadbir, pembangunan kampung

BINTANGOR, 8 Okt: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol menggesa pemimpin masyarakat agar memberi ruang dan peluang kepada golongan muda untuk turut serta dalam libat urus tadbir di peringkat kampung.

Beliau berkata, golongan itu perlu turut serta dalam perbincangan berkaitan pembangunan kampung atau rumah panjang di samping terlibat dalam aktiviti sosial yang dirancangkan.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan pedalaman, saya menyeru kepada pemimpin desa ini supaya sentiasa memberi ruang dan peluang kepada warga belia.

” Ini kerana mereka ( warga belia) kini semakin berminat dan prihatin terhadap kesejahteraan dan kebajikan masyarakat khususnya di kampung dan rumah panjang,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja selama dua hari di kawasannya di sini, hari ini.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu turut memaklumkan Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM1.9 juta untuk melaksanakan empat lagi projek rakyat baharu di kawasan seberang Bintangor.

Katanya, projek itu meliputi pembinaan sebuah dewan terbuka, dua jambatan besi dan kerja menaik taraf jalan titian kepada jalan bersimen.

“Empat projek ini adalah sebahagian daripada 13 projek RTP yang kan dilaksanakan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N42 Semop untuk tahun 2025 yang bernilai RM5juta.

“Ini tidak termasuk beberapa projek kemudahan awam yang turut diluluskan di bawah senarai Projek Rakyat yang bernilai lebih kurang RM30juta.

“Semua peruntukan dana adalah dari kerajaan negeri dan pengurusan perlaksanaan sedang diurus oleh agensi yang berkaitan,” katanya.

Pada masa yang sama beliau memberitahu turut juga menerima beberapa permohonan baharu seperti naik taraf kemudahan dewan dan pembinaan tempat rekreasi dalam kampung.

“Semasa perjumpaan dengan penduduk kampung dan rumah panjang, saya juga menerima beberapa cadangan penganjuran beberapa aktiviti sosial yang memberi manfaat kepada komuniti setempat antaranya sesi penerangan agensi berkaitan keusahawanan dan bantuan barangan untuk peniaga kecil,” katanya lagi.

Terdahulu pada lawatan yang sama beliau juga berkesempatan meninjau tapak cadangan bagi perlaksanaan beberapa projek RTP di kawasan Sungai Sian, Kampung Tanjung Bundung dan Selidap Bintangor. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan