PUTRAJAYA, 8 Okt: Kerajaan belum memuktamadkan keputusan untuk menghentikan subsidi pendidikan kepada pelajar yang berlatar belakangkan keluarga kaya, kata Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, terdapat beberapa prinsip sedang diperhalusi sebelum keputusan mengenainya dibuat.
Jumlah kanak – kanak ‘GISB’ diselamatkan pihak berkuasa cecah 622 orang
“Pandangan saya secara umumnya misalnya berhubung subsidi elektrik, kita (kerajaan) memberi penekanan bahawa 85 peratus penduduk di Semenanjung Malaysia tidak akan terkesan dengan sebarang kenaikan maka kita boleh ambil itu sebagai satu prinsip.
“Tetapi melibatkan hal pendidikan ini, ia tidak sama seperti subsidi elektrik, oleh itu kita akan teliti beberapa perkara terlebih dahulu,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.
Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melontarkan pandangan berhubung ketidakadilan bagi penjawat awam kanan, pemimpin politik dan ahli perniagaan yang mewah mendapat manfaat yuran pendidikan bersubsidi untuk anak-anak mereka.
Jumlah kanak – kanak ‘GISB’ diselamatkan pihak berkuasa cecah 622 orang
Mengenai perkembangan proses libat urus Belanjawan 2024 , Fahmi berkata segala perkara hanya akan diketahui selepas Mesyuarat Jemaah Menteri yang seterusnya pada Jumaat depan.
“Kita akan dapat maklumat muktahir mengenai beberapa keputusan dan pengumuman yang akan dibuat tetapi ia tertakluk kepada Perdana Menteri dan disahkan oleh Kementerian Kewangan.
“Tiada maklumat tambahan setakat ini, jadi kita nantikan 18 Oktober ini,” ujarnya.
Belanjawan 2025 dijadual akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 18 Oktober ini.- TVS