Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan berhampiran sebuah premis usang di Kampung Rambai di sini hari ini. Foto hiasan Envato

Bayi masih bertali pusat ditemui di premis usang

PENDANG, 8 Okt: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam sebuah kotak di sebuah premis usang di Kampung Rambai, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan (DSP) Roslan Mat berkata, bayi itu dijumpai orang awam sebelum menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang kira-kira pukul 8.08 pagi.

Katanya, polis yang tiba di lokasi kemudiannya mendapati bayi berkenaan ditinggalkan dengan berbalut kain pelikat dan diletakkan di dalam kotak di hadapan premis tidak berpenghuni tersebut.

“Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai dilahirkan kurang 12 jam sebelum ditemui.

“Dia dipercayai ditinggalkan individu tidak bertanggungjawab dengan niat untuk menyembunyikan kelahiran,” katanya menerusi xkenyataan hari ini.

Ujar Roslan, bayi tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Pendang untuk pemeriksaan dan rawatan sebelum disahkan dalam keadaan sihat.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Affendi Mohd Yunus di talian 04-759 6222 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan