Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abigail Kee bersama adiknya Acho Prince Kee yang memenangi pingat gangsa bertanding dalam Kejohanan Gusti Lengan Dunia Persekutuan Gusti Lengan Antarabangsa (IFA) 2024 di Greece. Foto TVS

Abigail tidak jangka peroleh tempat di podium

KUCHING, 8 Okt: Jaguh Gusti Lengan Sarawak, Abigail Kee sama sekali tidak menjangkakan akan mendapat tempat dalam podium ketika bertanding dalam Kejohanan Gusti Lengan Dunia Persekutuan Gusti Lengan Antarabangsa (IFA) 2024 di Greece baru-baru ini.

Ia selepas dia terpaksa berlatih secara sendirian kerana kekangan kemudahan tempat latihan yang bersesuaian sebagai persediaan untuk kejohanan tersebut susulan masih menyambung pengajian di Kuala Lumpur.

Situasi itu menyebabkan Abigail yang pernah memenang pingat perak kejohanan itu tahun lalu tidak meletakkan sebarang sasaran untuk kejohanan tersebut.

“Saya tidak menjangkakan untuk memperoleh tempat di podium kerana saya tidak menjalani latihan dalam tempoh masa yang agak lama.

“Jadi apabila kita pergi ke Eropah iaitu di Greece untuk bertanding dengan ramai perserta yang lebih besar dan kuat saya masih boleh memperoleh tempat di podium yang mana ia agak membanggakan bagi saya,” katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada malam Isnin.

Pada kejohanan terbabit Abigail berjaya memenangi pingat gangsa bagi Kategori Wanita Bawah 21 tahun, 70 kilogram ke atas untuk Lengan Kiri dan Kanan.

Turut berjaya membawa pulang pingat gangsa adiknya Acho Prince Kee bagi Kategori Junior lelaki bawah 18 tahun, 86 kilogram untuk lengan kiri dan kanan.

Walaupun mengalami kecederaan pada siku sebelah kiri namun ia tidak menghalang Acho Prince untuk menambah koleksi pingat peribadinya.

“Ia mungkin boleh menjadi lebih baik (memperoleh gangsa) dan saya berasa berbelah bagi antara gembira dan tidak gembira.

“Tahun lepas saya memperoleh juara namun tahun ini hanya pingat gangsa sahaja, tapi kejohanan tahun lepas diadakan di Malaysia dan kali ini di Eropah jadi saya tak tahu sama ada mahu gembira atau sebaliknya,” katanya.

Kejohanan tersebut menjadi penyertaan kali ketiga dua beradik itu di kejohanan tersebut untuk peringkat antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan