Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah dan sebuah kenderaan di Kampung Pituru di sini malam tadi. Foto Bomba

Warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Kudat

ByBernama

KUDAT, 7 Okt: Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah dan sebuah kenderaan di Kampung Pituru di sini malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu pihaknya menerima panggilan pada 10.10 malam sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian.

Beliau berkata seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kudat tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 45 kilometer sekitar 10.46 malam dan kebakaran berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan itu.

“Seorang wanita Lo Hiong Lan, 76, rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat itu dan mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pemeriksaan sekitar kawasan terbabit telah dijalankan dan punca kebakaran belum dikenal pasti.

Operasi ditamatkan pada 2.25 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan