Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hussein Omar Khan bercakap dalam sidang media di IPK Selangor hari ini. Foto, Polis Selangor.

Wanita antara suspek ditahan kes samun bersenjata libatkan kerugian RM600,000

ByFirdaus Ismail

SHAH ALAM, 7 Okt: Seorang wanita merupakan antara 10 suspek yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan menggunakan senjata di Klang, Selangor pada 3 Oktober lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, turut ditahan sembilan lelaki tempatan dalam lingkungan umur 23 hingga 46 tahun.

Jelasnya, semakan mendapati dua suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau.

“Polis berjaya merampas peralatan yang dipercayai digunakan dalam kes itu termasuk sebilah pedang sepanjang 29 inci, empat sarung tangan, satu topeng muka serta patung sembahyang, lima utas rantai, empat barang hiasan sembahyang, satu loket dan tujuh gelang tangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Hussein memberitahu ketika kejadian, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima panggilan pada pukul 6.16 pagi daripada seorang pengadu yang memaklumkan rumahnya di Jalan Jagong, Pandamaran dipecah masuk.

“Hasil siasatan mendapati pada pukul 5 pagi, seramai 10 hingga 12 suspek warga tempatan yang memakai pelitup muka dan sarung tangan menaiki dua kereta telah masuk ke dalam rumah itu.

“Mereka mengikat tiga mangsa sebelum mengeledah rumah. Semasa kejadian salah seorang pengadu berjaya menghubungi polis,” katanya.

Beliau berkata ketika kereta peronda sampai di lokasi, kesemua suspek telah meninggalkan tempat kejadian.

“Suspek berjaya melarikan wang tunai, patung sembahyang dan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM600,000.

“Seorang mangsa lelaki berumur 37 tahun turut cedera akibat ditetak dan dirawat di sebuah hospital di Klang,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan