Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nahas melibatkan sebuah Nissan Frontier, sebuah Proton Iswara Aeroback dan sebuah motosikal berlaku di Jalan Felda Sahabat, Lahad Datu, petang semalam, mengorbankan tiga nyawa. Foto JBPM Sabah

Tiga maut, dua cedera parah kemalangan di Lahad Datu

ByBernama

LAHAD DATU, 7 Okt: Tiga termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Felda Sahabat, Tungku, di sini pada semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.19 petang mengenai insiden yang melibatkan sebuah pacuan empat roda, kereta dan motosikal dengan 13 mangsa terlibat.

“Mangsa maut merupakan seorang kanak-kanak perempuan dan seorang wanita yang berada di dalam kereta serta seorang penunggang motosikal lelaki. Mangsa yang cedera parah pula ialah seorang lelaki dan wanita yang turut berada di dalam kereta berkenaan.

“Penunggang motosikal dan seorang individu di dalam kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tungku untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sumsoa berkata lapan individu lain yang menaiki pacuan empat roda itu iaitu empat lelaki, seorang wanita dan tiga kanak-kanak hanya mengalami kecederaan ringan dan operasi ditamatkan pada 10.06 malam, -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan