Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ribut tropika Milton kini berubah menjadi taufan dan dilaporkan menuju ke Florida, Amerika Syarikat, menurut laporan Sputnik yang memetik Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) AS. Foto hiasan Envato

Taufan Milton dijangka landa Florida

ByBernama

MOSCOW, 7 Okt: Ribut tropika Milton kini berubah menjadi taufan dan dilaporkan menuju ke Florida, Amerika Syarikat, menurut laporan Sputnik yang memetik Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) AS.

Pejabat Gabenor Florida, Ron DeSantis, sehari sebelum itu mengumumkan keadaan darurat di 35 daerah negeri susulan ancaman taufan Milton yang semakin menghampiri.

Menurut pakar meteorologi, Taufan Milton kini membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum sekitar 130 kilometer sejam dan bergerak ke arah timur dengan kelajuan kira-kira sembilan kilometer sejam.

Presiden AS, Joe Biden diberi taklimat mengenai situasi ini dan menggesa penduduk Florida untuk mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan Taufan Helene, beliau turut mengumumkan penghantaran tambahan 500 anggota tentera ke Carolina Utara untuk membantu usaha pemulihan dan tindak balas bencana.

Sebelum ini, CNN melaporkan bahawa jumlah kematian akibat Taufan Helene yang melanda tenggara AS pada September lalu, meningkat kepada sekurang-kurangnya 227 orang.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Alejandro Mayorkas, juga menyatakan bahawa Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) kini menghadapi kekurangan sumber bagi menangani kesan ribut itu sepanjang baki musim taufan ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan