Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roland Sagah (tengah) pada sidang media hari ini. Foto TVS

Roland Sagah kecewa SPP buka permohonan seluruh negara

SIBU, 7 Okt: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn kecewa terhadap keputusan layak temuduga bagi pengambilan khas guru Sarawak 2024.

Beliau berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) seolah-olah tidak mengotakan janji yang mana keutamaan seharusnya diberikan kepada anak Sarawak tetapi sebaliknya berlaku.

“Tetapi kini, mereka mengatakan akan menemu duga calon dari bahagian lain di Malaysia. Sudah tentu kuasa di tangan mereka, kuasa terletak kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPP).

“Kami tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenainya, tetapi saya rasa seolah-olah mereka tidak menunaikan janji mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Isu Pengambilan Guru Khas di Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Sibu pada Isnin.

Menurutnya, inisiatif itu sepatutnya bagi menangani kekurangan guru sekolah rendah dan menengah di wilayah ini.

Tambahnya, walaupun Sarawak tidak menghalang untuk menemu duga calon dari negeri lain tetapi adalah lebih baik ia dilakukan pada masa lain.

Dalam pada itu, Sagah menafikan isu tular dalam media sosial yang mendakwa lebih ramai warga negeri lain disenarai pendek untuk temu duga di bawah inisiatif itu kerana data mengenainya masih belum tersedia.

Bagaimanapun katanya, bagi pemohon yang mempunyai ijazah dalam pendidikan, kira-kira 300 calon bukan dari Sarawak disenaraikan.

“Sebab itu saya tidak mahu mereka membuka permohonan kepada semua rakyat Malaysia dan mengatakan terdapat lebih ramai calon bukan dari Sarawak adalah tidak adil. Kita harus konsisten dan munasabah.

“Kita tidak tahu berapa ramai yang akan dipilih untuk mengisi jawatan tersebut. Hanya pada penghujung proses kita akan tahu,” ujarnya

Beliau berharap 100 peratus permohonan itu diisi oleh rakyat Sarawak yang mana sebanyak 2,000 kekosongan ditawarkan dan SPP akan melakukan yang terbaik untuk bekerjasama dengan semua calon Sarawak.

“Jadi, kita minta ini dikhaskan untuk Sarawak semata-mata, sebab dari awal lagi kita dah kata pengambilan ini untuk orang Sarawak. Jadi, kami mahu mengekalkannya,” katanya.

Inisiatif itu menerima lebih 15,000 permohonan dan hanya sekitar 6,000 disenarai pendek untuk temu duga secara fizikal yang akan diadakan di tiga lokasi iaitu Kuching, Sibu dan Miri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan