Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Tunisia, Kais Saied. Foto AFP

Presiden Tunisia Kais Saied dijangka menang pilihan raya presiden – Tinjauan

ByBernama

TUNIS, 7 Okt: Tinjauan menunjukkan Presiden Tunisia, Kais Saied dijangka memenangi pilihan raya presiden pada Ahad, lapor Xinhua.

TV Negeri Tunisia melaporkan berdasarkan anggaran keputusan daripada tinjauan Sigma Conseil iaitu sebuah syarikat tinjauan Tunisia, Saied memperoleh 89.2 peratus undi, diikuti oleh Ayachi Zammel dengan 6.9 peratus dan Zouhair Maghzaoui dengan 3.9 peratus.

Dalam taklimat media selepas pilihan raya, presiden Pihak Berkuasa Bebas Pilihan Raya Agung (ISIE), Farouk Bouaskar berkata bahawa jumlah keluar mengundi awal dalam pilihan raya presiden mencapai 27.7 peratus.

Menurut statistik dari ISIE, seramai 2,599,252 rakyat Tunisia mengundi di negara itu dan 104,903 rakyat Tunisia mengundi di luar negara.

Agensi berita rasmi TAP melaporkan bahawa Pemerhati Chahed mencatatkan jumlah keluar mengundi sebanyak 28.8 peratus ketika pusat pengundian ditutup.

Jumlah keseluruhan pengundi yang berdaftar dalam daftar pemilih adalah sekitar 9,753,217 orang.

Keputusan awal pilihan raya dijangka diumumkan pada malam Isnin, menurut ISIE. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan