Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan sebelum merasmikan Forum Khazanah Megatrend 2024, di sini, hari ini. Foto, Bernama.

Pertumbuhan ekonomi memberangsangkan bukti keberkesanan reformasi struktur negara – PM Anwar

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan prestasi ringgit yang semakin kukuh membuktikan keberkesanan pembaharuan struktur yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dasar yang berkesan itu juga membawa kepada peningkatan pelaburan asing yang luar biasa ke Malaysia.

Menerusi pembaharuan dasar itu jelas Anwar, hasil penjimatan menerusi pelaksanaan penyasaran subsidi dikembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk.

“Apa yang telah dan akan terus dilaksanakan, kita akan jayakannya dengan sepenuhnya demi pembaharuan struktur.

“Apa yang saya lihat, penyasaran subsidi tidak memberi kesan kepada perubahan kerana subsidi diteruskan kepada majoriti rakyat kita, khususnya golongan B40, M40 dan T20 bawahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Khazanah Megatrends Forum (KMF) 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Malaysia komited kepada tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan keadilan sosial.

“(Ini) bagi memastikan faedah pertumbuhan diagihkan secara adil dan saksama agar semua rakyat di negara ini mampu meraih kejayaan,” katanya.

Pada masa sama Anwar menegaskan kejayaan hanya dapat diraih menerusi ketelusan pelaksanaan dasar dan usaha berterusan untuk memerangi kapitalisme. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan