Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Foto, TVS.

Pertukaran guru di 12 SKJC di Johor dilaksana selepas isu berbangkit selesai

ByHafeezzur Muzamir

KAJANG, 7 Okt: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan penangguhan sementara pertukaran 134 guru di 12 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pasir Gudang, Johor ke sekolah lain.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata ini bagi membolehkan segala isu yang timbul diselesaikan terlebih dahulu.

Jelasnya sebaik sahaja tahun akademik 2024/2025 berakhir, kementerian memberi jaminan guru yang terlibat akan dipindahkan secara berperingkat.

Lebih 122,000 murid darjah satu di seluruh negara gagal kuasai 3M

“Penempatan semula itu perlu mengambil kira banyak aspek penting dengan ia tidak boleh mengganggu proses pembelajaran pelajar.

“Isu tersebut mendapat perhatian banyak pihak dan ada faktor yang tidak dipertimbangkan ketika arahan dibuat, maka kita tangguhkan pertukaran sehingga semua isu dibangkitkan dalam sesi libat urus dapat diuruskan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas hadir Program Tekad Reformasi Pendidikan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM turut membenarkan guru terlibat membuat rayuan sekiranya mereka tidak bersetuju dengan pemindahan itu.

Lebih 122,000 murid darjah satu di seluruh negara gagal kuasai 3M

Minggu lalu, seramai 134 guru di SJKC di Pasir Gudang telah diberi arahan penempatan semula dengan seramai 34 guru yang mengajar di sekolah sama turut terlibat.

Perkara itu mendapat perhatian guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) yang memohon pertukaran tersebut ditangguhkan.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan