Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pakistan menyatakan serangan pengganas di bandar Karachi pada malam Ahad yang mengorbankan dua jurutera China bertujuan menyasarkan persahabatan yang terjalin dengan China. Foto AFP

Pakistan: Serangan pengganas sasar persahabatan dengan China

ByBernama

NEW DELHI, 7 Okt: Pakistan menyatakan serangan pengganas di bandar Karachi pada malam Ahad yang mengorbankan dua jurutera China bertujuan menyasarkan persahabatan yang terjalin dengan China.

“Tindakan keganasan yang menjijikkan ini bukan sahaja satu serangan terhadap Pakistan tetapi juga terhadap persahabatan yang kekal antara Pakistan dan China,” kata Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tiga orang, termasuk dua warga China terbunuh dan 11 lagi cedera dalam letupan yang berlaku berhampiran lapangan terbang Karachi.

Kedutaan China di Islamabad memaklumkan bahawa konvoi yang disasarkan dalam letupan itu membawa kakitangan China Port Qasim Electric Power Company (Swasta) Limited.

Kumpulan pemisah, Tentera Pembebasan Balochistan (BLA) mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu melalui satu kenyataan di platform media sosial

“Kami bertekad untuk membawa mereka yang bertanggungjawab atas serangan pengecut ini ke muka pengadilan.

“Pakistan mengulangi komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap keselamatan warga China, projek, dan institusi di negara ini, dan akan terus bekerjasama erat dengan rakan-rakan,” menurut kementerian itu.

Pakistan menyalahkan kumpulan pengganas yang disokong pihak luar atas serangan ke atas projek infrastruktur dan warga China di negara itu.

“Pelaku kejadian keji ini bukan rakyat Pakistan tetapi musuh ketat Pakistan. Siasatan segera sedang dijalankan untuk mengenal pasti mereka dan membawa mereka ke muka pengadilan,” kata Perdana Menteri Shehbaz Sharif pada Isnin.

Pakistan merupakan negara penting dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China, projek pembangunan infrastruktur berbilion dolar yang menarik pelaburan China dalam projek besar seperti tenaga, pengangkutan dan industri melalui Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan