KAJANG, 7 Okt: Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan penyanyi, Tam Spider yang anaknya dibuli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata KPM tidak akan berkompromi terhadap gejala itu malah akan mengambil tindakan tegas sekiranya pelajar terlibat didapati bersalah setelah siasatan polis selesai.
Lebih 122,000 murid darjah satu di seluruh negara gagal kuasai 3M
“Kita (KPM) ingin menegaskan bahawa buli adalah buli, tidak kira anak sesiapa pun, kita tidak akan bekompromi dengan tindakan tegas besama pihak autoriti dan garis panduan sudah berulang kali saya tekankan.
“Kita serahkan kepada mereka (PDRM) untuk buat siasatan, dengan tindakan tegas akan diambil selepas siasatan selesai dijalankan,” katanya pada sidang media selepas Program Tekad Reformasi Pendidikan di sini, hari ini.
Baru – baru ini, penyanyi kumpulan Spider itu mendakwa anak lelakinya berusia 14 tahun menjadi mangsa buli oleh pelajar senior dengan menyatakan kekesalan terhadap tindakan pihak sekolah dalam menoktahkan masalah buli di sekolah berkenaan.
Pada Sabtu lalu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman berkata, sebanyak lima kertas siasatan telah dibuka membabitkan buli yang diterima daripada pihak ibu bapa di sekolah itu. – TVS