Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Forum Khazanah Megatrend 2024 hari ini. Foto, Bernama.

Kerajaan tingkat modal teroka dalam bidang inovasi – PM Anwar

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Kerajaan sedang menjalinkan kerjasama dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk meningkatkan pembiayaan modal teroka (VC) dalam bidang inovasi dan teknologi untuk tempoh lima tahun akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu dilaksanakan bagi menyokong sektor berkenaan yang menjadi pemacu utama pertumbuhan dunia, ketika ini.

Pertumbuhan ekonomi memberangsangkan bukti keberkesanan reformasi struktur negara – PM Anwar

Jelas beliau walaupun Malaysia telah lama menjadi pemain global dalam pembuatan elektronik dan elektrik (E&E), negara mesti beralih ke arah teknologi dan amalan yang lebih mampan, sambil meningkatkan rantaian nilai dalam rangkaian bekalan global.

“Pelan Induk Perindustrian Nasional 2030 (NIMP) mestilah cukup lincah bagi membuat pelarasan yang diperlukan untuk bertindak balas terhadap kegelisahan kuasa pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Forum Megatrend Khazanah di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sementara itu Anwar berkata, Malaysia kekal komited untuk terus berkembang maju walaupun berdepan persekitaran global yang semakin mencabar.

Justeru kata beliau kerajaan akan mewujudkan laluan baharu bagi meningkatkan pendapatan, selain membasmi kemiskinan dan memastikan pertumbuhan mampan, inklusif dan adil.

“Rangka kerja Ekonomi MADANI yang diperkenal tahun lalu, menggariskan bagaimana Malaysia dapat bersedia untuk mendepani ekonomi global yang semakin dinamik dan kompleks.

“Kami terus mengalukan semangat keterbukaan, kesediaan untuk menyesuaikan diri (kepada perubahan), berinovasi, dan sentiasa melangkaui sempadan yang ada,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan