Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 86 pendatang tanpa izin dalam Operasi Bersepadu di kawasan pertanian di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Jumaat lepas. Foto JIM Kelantan

Imigresen gempur Tanah Tinggi Lojing, tahan 86 pendatang tanpa izin

ByBernama

KOTA BHARU, 7 Okt: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 86 pendatang tanpa izin dalam Operasi Bersepadu di kawasan pertanian di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Jumaat lepas.

Pemangku Pengarah Imigresen Kelantan Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata mereka terdiri daripada 20 lelaki warga Bangladesh, Nepal (empat lelaki) dan Myanmar (56 lelaki, enam wanita).

Beliau berkata berdasarkan aduan yang diterima dan hasil risikan, pihaknya mendapati kawasan pertanian tersebut disyaki menggunakan khidmat pendatang asing sejak lebih beberapa bulan lepas sebagai pekerja.

“Susulan itu Bahagian Penguatkuasaan JIM Kelantan bersama pelbagai agensi telah menjalankan operasi di 16 lokasi dekat rumah kongsi pekerja dan kedai makan bermula pukul 3 pagi, Jumaat lepas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kesemua pendatang itu akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana pelbagai kesalahan dan telah dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat melibatkan berkaitan pendatang asing tanpa izin diminta melaporkan kepada JIM Kelantan dengan menelefon 019-9840377, dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan