Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hizbullah menyerang sebuah pangkalan tentera Israel berhampiran bandar utara Haifa pada malam Ahad dan menyebabkan kemalangan jiwa, lapor Xinhua memetik kenyataan kumpulan itu. Foto AFP

Hizbulah serang Haifa, akibatkan kemalangan jiwa

ByBernama

BEIRUT/BAITULMAQDIS, 7 Okt: Hizbullah menyerang sebuah pangkalan tentera Israel berhampiran bandar utara Haifa pada malam Ahad dan menyebabkan kemalangan jiwa, lapor Xinhua memetik kenyataan kumpulan itu.

“Dalam tindak balas terhadap serangan ke atas orang awam dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Zionis, kami melancarkan serangan peluru berpandu ‘Fadi 1’ ke arah pangkalan Carmel di selatan Haifa pada malam Ahad.

“Kami akan terus bersiap sedia untuk mempertahankan Lubnan dan rakyatnya, dan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan tugasnya bagi menghalang musuh daripada berterusan melakukan pencerobohan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, tentera Israel memaklumkan bahawa selepas siren berbunyi lewat Ahad di kawasan Galilee, kira-kira 15 peluru berpandu dikenal pasti melintasi sempadan dari Lubnan.

Beberapa peluru berpandu berjaya dipintas manakala yang lain jatuh di kawasan berkenaan.

Beberapa kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan roket di bandar Haifa dan Tiberias, lapor media Israel.

Sementara itu, sekurang-kurangnya lapan orang dilaporkan dipindahkan ke Kampus Kesihatan Rambam di Haifa untuk mendapatkan rawatan perubatan selepas serangan roket itu.

Sejak 23 Sept, tentera Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Lubnan susulan ketegangan dengan Hizbullah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan