Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua cedera parah selepas kereta bertembung dengan van di Jalan Seberkas, Bintulu/Samalaju, Bintulu, malam tadi.Foto JBPM

Dua cedera parah, kereta bertembung van di Bintulu

BINTULU, 7 Okt: Dua cedera parah dalam kemalangan jalan raya membiatkan kereta dan van di Jalan Seberkas, Bintulu/Samalaju di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Mohammad Alimun Talip berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.44 malam dan menggerakkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Perodua Myvi bertembung dengan sebuah van.

“Dua lelaki yang menaiki kereta Perodua Myvi cedera parah manakala tiga lelaki yang menaiki van hanya cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak membuka pintu bahagian penumpang hadapan kenderaan jenis Perodua Myvi dan mengeluarkan dua mangsa yang cedera parah menggunakan scoop stretcher.

“Mangsa yang tersepit di dalam van hanya mengalami kecederaan ringan. Kesemua mangsa diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke hospital untuk rawatan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan