Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan tahun depan. Foto HRH Crown Prince of Johor (FB)

Cuti hujung minggu Johor ditukar Sabtu dan Ahad mulai 1 Jan

ByBernama

JOHOR BAHRU, 7 Okt: Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan tahun depan.

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAlNJ).

“Selepas mendapat perkenan dan restu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada JAINJ, saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Jan 2025, cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada Sabtu dan Ahad.

“Saya juga menitahkan agar Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek,” titah baginda menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail hari ini.

Baginda bertitah agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan akan memberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat.

Pada 1 Jan 2014, pertukaran cuti hujung minggu negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu dikuatkuasakan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim.

Negeri lain yang melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu ketika ini ialah Terengganu, Kelantan dan Kedah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan