Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media Festival Jazz Borneo 2024 di Bangunan Baitulmakmur II, Kuching pada Isnin. Foto Willy (TVS)

Belanjawan 2025: Kementerian Pelancongan harap peruntukan lebih besar dari kerajaan pusat

ByWilly Jali

KUCHING, 7 Okt: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak mengharapkan peruntukan yang lebih besar dalam Belanjawan 2025 yang bakal dibentang pada November ini.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan sedang dalam perbincangan untuk menyediakan dana yang komprehensif bagi memacu industri pelancongan di Sarawak.

“Sebagai orang yang bertanggungjawab dalam sektor pelancongan dan industri kreatif, pihak kami berharap akan ada peruntukan yang disediakan. Kami sedang mengambil kira perkara ini di dalam belanjawan.

“Matlamat kami adalah untuk membangunkan industri pelancongan dan seni kreatif. Perkara ini penting agar pembangunan anak-anak akan jauh lebih baik daripada tahun sebelumnya. Kita mahu mengembangkan bakat anak-anak dalam bidang seni dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang media Festival Jazz Borneo 2024 di Bangunan Baitulmakmur II, Kuching pada Isnin.

Menurutnya, dengan penganjuran pelbagai acara besar, sektor ekonomi negeri akan menerima limpahan daripada kehadiran pengunjung ke Sarawak.

Selari dengan itu, beliau turut optimis dengan sasaran lima juta pelancong mampu dicapai menjelang akhir tahun ini.

“Pada bulan ini, kita sepatutnya mencapai empat juta. Mungkin kita akan mencapai nombor lima juta pada akhir tahun dan ini akan menjadi sejarah kerana kita tidak pernah mencapai angka lima juta.

“Jumlah tertinggi adalah 4.6 juta pada tahun 2019. Jadi tahun ini akan menjadi tahun yang sangat baik kerana kita telah mengadakan pelbagai program yang dapat menarik kedatangan pelancong ke Sarawak,” katanya lagi.

Untuk rekod, jumlah tertinggi kedatangan pelancongan ke Sarawak yang pernah dicatatkan ialah 4.6 juta pada tahun 2019.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan