DHAKA, 7 Okt: Banjir yang melanda wilayah timur Bangladesh pada Ogos lalu menyebabkan kerugian sebanyak 144.21 bilion taka (kira-kira US$1.19 bilion) menjejaskan sektor pertanian, infrastruktur dan lain-lain, lapor Xinhua.
Centre for Policy Dialogue, sebuah badan pemikir terkemuka di Bangladesh mendedahkan angka itu pada Ahad, menyatakan lebih 35 peratus kerosakan berlaku membabitkan sektor pertanian dan perhutanan.
Sekurang-kurangnya 5.6 juta orang terjejas akibat banjir di tenggara Bangladesh, termasuk lebih 2 juta kanak-kanak.
Lebih 52 kematian dilaporkan setakat ini. -TVS