Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hussein Omar Khan (kanan) bercakap dalam sidang media di IPK Selangor hari ini. Foto, Bernama.

Anjur ‘parti’ di pejabat: Pegawai, tiga anggota polis ditukar serta – merta

ByBernama

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata penukaran serta-merta itu membabitkan individu berpangkat koperal, sarjan, sarjan mejar dan inspektor.

Enam PATI warga China sewa kereta untuk pecah rumah diberkas polis

Beliau berkata arahan berkenaan dikeluarkan susulan tindakan anggota berpangkat koperal membawa masuk empat orang awam iaitu tiga wanita dan seorang lelaki ke pejabat mereka pada awal pagi 28 September.

“Dalam insiden ‘so called’ parti itu, mereka mendengar muzik dan juga ada makanan sedikit. Mana-mana orang awam tidak boleh dibawa ke premis pejabat tanpa ada urusan rasmi.

“Susulan itu, kita telah mengambil tindakan menukarkan anggota berpangkat koperal ini keluar daripada (Kontinjen) Selangor serta tiga lagi anggota ‘so called’ penyelianya berpangkat sarjan, sarjan mejar dan inspektor kerana tindakan yang menyalahi SOP itu,” katanya pada sidang media di IPK Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan pemberita berhubung tindakan terhadap seorang anggota di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang didakwa melakukan pelanggaran protokol menganjurkan parti persendirian di pejabat polis.

Terdahulu, sebuah portal berita dalam talian melaporkan seorang anggota polis didakwa melakukan pelanggaran protokol dengan menganjurkan parti persendirian di bilik petugas pada 28 September sebelum pemeriksaan mengejut dilakukan Jabatan Integriti Shah Alam pada 1.30 pagi.

Dalam pada itu, Hussein memaklumkan seorang daripada tiga anggota polis yang ditahan kerana didapati positif dadah menerusi serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Dutamas, Cheras pada 5 Okt bukan ketua balai dari IPD Kajang.

Ketiga-tiga anggota yang bertugas di IPD Kajang itu juga telah ditukarkan serta-merta ke Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontinjen sementara menunggu hasil siasatan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan