Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas yang hilang ketika menjala ikan di Sungai Melana, Kampung Long Latei, Baram, pada Jumaat lalu ditemui lemas hari ini. Foto JBPM

Warga emas hilang ketika menjala ikan di Baram ditemui lemas

BARAM, 6 Okt: Seorang lelaki warga emas yang hilang ketika menjala ikan di Sungai Melana, Kampung Long Latei di sini, pada Jumaat lalu ditemui lemas hari ini.

Jasad Wan Duwing,66, dijumpai terapung di tengah sungai pada jam 12 tengah hari tadi oleh penduduk kampung, jarak penemuan mayat mangsa lebih kurang 1 kilometer ke hilir sungai dari lokasi mangsa terjatuh.

Komander Operasi, John Anyi berkata, mayat mangsa kemudian diangkat ke daratan seterusnya dibawa balik menggunakan Hilux ke rumah mangsa.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut hadir di lokasi bagi pengesahan kematian mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 3.30 petang semalam dengan menggerakkan tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi ke lokasi kejadian.

“Mangsa dikatakan telah pergi menjala ikan di Sungai Melana seorang diri pada Jumaat sekitar jam 8 pagi dan disedari hilang oleh jiran mangsa yang memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya bahawa mangsa mungkin menghadapi masalah kerana masih belum pulang ke rumah dan pencarian telah dilakukan di sekitar Sungai Melana namun tidak dijumpai.

“Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pagi tadi, dengan penemuan mayat mangsa operasi SAR ditamatkan pada jam 2.30 petang,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan