Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga individu berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan lalu terbakar di Jalan Pan Borneo Niah-Bintulu, Gelasah Suai, Miri, pagi tadi. Foto JBPM

Tiga individu cemas, kereta kemalangan lalu terbakar

MIRI, 6 Okt: Tiga individu berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan lalu terbakar di Jalan Pan Borneo Niah-Bintulu, Gelasah Suai di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Ladi Eni berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.59 pagi dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Niah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya antara Toyota Hilux dan Kia Picanto. Akibat kemalangan tersebut Kia Picanto telah terbakar keseluruhan.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah size up dan menggunakan PPE lengkap, pihak bomba memulakan operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos salur bantu mula (hosereel), satu nozel sumber air dari pam jentera untuk memadamkan kebakaran pada kereta jenis Kia Picanto yang terbakar sehingga api dipadam sepenuhnya.

“Setelah kebakaran tersebut dipadam sepenuhnya dan keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan