Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Sudan terima 1.4 juta dos vaksin kolera ketika kes melebihi 20,000

ByBernama

KHARTOUM, 6 Okt: Sudan telah menerima 1.4 juta dos vaksin kolera daripada organisasi antarabangsa ketika negara itu berdepan wabak yang telah menjangkiti lebih 20,000 orang, menurut Kementerian Kesihatan Sudan pada Sabtu, lapor Xinhua.

Menteri Kesihatan Haitham Mohamed Ibrahim dalam satu kenyataan berkata sebanyak 1,407,200 dos telah disediakan oleh Global Vaccine Alliance, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan UNICEF.

Ibrahim berkata vaksin itu akan diedarkan ke tiga negeri — Sungai Nil, Kassala dan Gedaref — untuk mengimunkan 1,058,545 orang berusia satu tahun ke atas manakala usaha untuk membekalkan vaksin ke kawasan lain yang terjejas akan diteruskan.

Kementerian itu melaporkan 20,398 kes kolera dan 597 kematian sejak wabak berkenaan diisytiharkan secara rasmi pada 17 Ogos. Pegawai mendakwa lonjakan kes disebabkan oleh keadaan persekitaran yang semakin merosot akibat konflik berterusan dan penggunaan air tercemar.

Wabak kolera adalah sebahagian daripada krisis kesihatan yang lebih luas di Sudan, di mana pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) berlarutan sejak April 2023. Penyakit wabak lain, termasuk malaria, campak dan demam denggi turut menular.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan konflik itu telah membunuh kira-kira 20,000 orang dan menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan