Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pro-Tem Pergerakan Belia PBB Cawangan Dalat, Muhammad Nur Syafiq Wong Muhammad Nur Amirul Iskandar Wong berucap pada Majlis Pelancaran Sayap Pergerakan Belia PBB di Sibu hari ini. Foto Miro Simuh DUN N18 Serembu (FB)

Pergerakan Belia PBB generasi pewaris masa hadapan Sarawak

ByMuqri Aziz

SIBU, 6 Okt: Penubuhan Sayap Pergerakan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini yang dicetuskan Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan satu aset terbesar Sarawak, yakni generasi pewaris bangsa pada masa hadapan.

Ketua Pro-Tem Pergerakan Belia PBB Cawangan Dalat, Muhammad Nur Syafiq Wong Muhammad Nur Amirul Iskandar Wong berkata, beliau melihat sayap pergerakan baharu dalam parti itu mampu memberi nafas baharu dalam kegiatan sosiopolitik era baharu khsusunya di Sarawak dan di Malaysia amnya.

Menurutnya, belia Sarawak pada masa kini yang lebih matang dan lebih berpendidikan juga telah bersedia untuk menggalas peranan untuk terlibat secara aktif bukan Sahaja dalam arena politik, akan tetapi turut membantu secara aktif dalam membuat dasar-dasar yang dilihat lebih relevan dengan perubahan masa dan kehendak masyarakat pada masa kini.

“Pergerakan Belia ini bukan sahaja menjadi sebuah entiti politik semata-mata, namun juga sebagai satu wadah untuk membawa suara anak muda ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya untuk memimpin jalan ke arah pemerkasaan belia di Sarawak dan di Malaysia.

“Sayap Belia ini mesti menjadi gerakan progresif bersama belia, oleh belia dan untuk belia memimpin ke arah Sarawak yang lebih baik dan lebih hebat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sayap Pergerakan Belia PBB di sini hari ini.

Syafiq Wong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk itu turut berkata, penubuhan sayap itu selaras dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2021 yang telah menurunkan usia minimum pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun yang dilihatnya satu pengiktirafan oleh pihak kerajaan mengenai perubahan arus gerakan politik yang lebih matang yang banyak dipelopori oleh golongan muda pada masa kini.

“Sepanas apa pun naratif perjuangan yang hendak diangkat, ilmu, adab dan hikmah mesti yang pertama. Kita ada budi dan keluhuran yang tersemat rapi dalam diri.

“Biar kita tampak lemah di mata orang, namun hebat bicaranya dalam menjustifikasi dan mempertahankan perjuangan,” ujarnya lagi.

Pada majlis tersebut, seramai 600 perwakilan belia mewakili 82 cawangan PBB di seluruh Sarawak telah berkampung di Sibu dari semalam hingga esok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan