Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Penerbangan kedua bawa pulang warga Belanda dari Lubnan mendarat di Eindhoven

ByBernama

THE HAGUE, 6 Okt: Penerbangan kedua membawa pulang warga Belanda dari Lubnan mendarat di sebuah lapangan terbang di bandar Eindhoven sebelum 9 malam waktu tempatan (1900 GMT) pada Sabtu, lapor Xinhua.

Di dalam pesawat itu terdapat 170 penumpang, termasuk lebih 100 rakyat Belanda. Penumpang selebihnya terdiri daripada warganegara Belgium, Perancis, Austria dan Sepanyol, yang dipindahkan atas permintaan kerajaan masing-masing.

Penerbangan pertama membawa pulang warga Belanda telah selamat tiba di bandar itu dengan lebih 100 warganegara Belanda pada malam sebelumnya.

Pada masa ini, tiada lagi penerbangan untuk membawa pulang warga Belanda dari Lubnan dijadualkan, menurut laporan media Belanda.

Kementerian Luar Belanda pada awal minggu ini berkata ratusan warga Belanda akan dipindahkan, sambil memberi amaran bahawa keadaan keselamatan di Lubnan semakin tidak menentu.

Kerajaan Belanda komited untuk meneruskan usaha membantu mereka yang ingin pulang ke Belanda dari Lubnan, melalui penerbangan tentera dan komersial, serta bekerjasama dengan penerbangan penghantaran pulang yang dianjurkan oleh negara lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan