Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS

Pendapatan Sarawak dijangka lebih RM13.1 bilion

SIBU, 6 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa pendapatan negeri mungkin melebihi RM13.1 bilion, rekod yang dicatatkan pada tahun lalu.

Perkara itu katanya, akan didedahkan dalam pembentangan Belanjawan Sarawak 2025 pada bulan depan.

“Bulan depan adalah Belajawan Sarawak, tahun lepas kita memperoleh pendapatan RM13.1 bilion, mungkin tahun ini lebih daripada itu (pendapatan 2023).

“Dengan itu, kita akan beri balik kepada rakyat, bagi membasmi kemiskinan melalui pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di RH Hotel Sibu pada Ahad.

Sebelum ini, Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua, mendedahkan setakat Jun lalu, pendapatan Sarawak telah mencecah RM7.66 bilion, yang membuktikan ekonomi negeri ini berada dalam keadaan positif.

Kedudukannya sebagai wilayah berpendapatan tinggi di Malaysia diyakini terus mengukuh dalam jangka masa panjang berikutan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan