Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Karim merakam gambar kenangan bersama-sama juara dan naib juara Kejohanan Muay Thai Piala Yang Di-Pertua Negeri Sarawak 2024. Foto TVS

Muaythai semakin diminati belia di Sarawak

ByTVS

KUCHING, 6 Okt: Sukan muaythai yang berasal dari negara Thailand semakin mendapat tempat dalam kalangan belia di Sarawak.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia dapat dilihat dengan kewujudan banyak pusat mengajar sukan tersebut.

Menurutnya, perkembangan tersebut sesuatu yang sihat yang mana ia mampu melahirkan pelapis baharu bagi mewakili Sarawak dan Malaysia dalam pelbagai kejohanan termasuk Sukan Malaysia (SUKMA).

“Kalau kita lihat sukan ini baharu sahaja berada di Sarawak, pertandingan yang diadakan pun baru yang kelapan tetapi dalam jangka masa singkat, ia dapat menarik minat ramai sekali belia dan anak muda di Sarawak

“Pada SUKMA lepas, untuk acara muaythai, Sarawak berjaya menjadi juara keseluruhan dengan lima pingat emas, empat perak dan satu gangsa

“Ini adalah pencapaian terbaik yang pernah kita lihat dalam acara muaythai pada SUKMA,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kejohanan Muay Thai Piala Yang Di-Pertua Negeri Sarawak 2024 yang berlangsung di Panggung Udara di Kuching pada malam Sabtu.

Antara yang hadir Presiden Persatuan Muay Thai Sarawak Jumaat Ibrahim dan Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman.

Menurut Abdul Karim, walaupun muaythai nampak ganas dan berbahaya namun beliau percaya sekiranya penganjur serta peserta mengikit garis panduan ditetapkan, ia mampu mengurangkan kecederaan.

Pada masa sama beliau berharap ibu bapa dapat memberikan sokongan kepada anak-anak yang berminat dengan sukan tersebut.

“Kementerian saya dan Perbadanan Sukan Sarawak akan sentiasa mendamping serta memberikan sokongan kepada apa sahaja sukan termasuk muaythai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan