Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu, lapor Xinhua. Foto AFP

Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan

ByBernama

KAHERAH, 6 Okt: Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Mesir, sebuah pesawat yang membawa bantuan termasuk ubat-ubatan dan bekalan perubatan telah mendarat di Lapangan Terbang Beirut.

Inisiatif itu adalah selaras dengan arahan Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi untuk memberikan sokongan kepada Lubnan dan rakyatnya sebagai tindak balas terhadap kesan “pencerobohan Israel”.

Dalam perkembangan berasingan, kementerian itu melaporkan bahawa kedutaan Mesir di Lubnan telah memudahkan kepulangan 286 rakyat Mesir yang terkandas ke Mesir melalui penerbangan khas yang dikendalikan oleh EgyptAir, susulan penggantungan kebanyakan perkhidmatan penerbangan komersial akibat serangan Israel.

Israel baru-baru ini telah meningkatkan serangan udara ke atas Beirut dan kawasan sekitarnya, menyasarkan pegawai dan kemudahan Hizbullah, serta melancarkan apa yang disifatkannya sebagai operasi ketenteraan darat “terhad” ke Lubnan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan