Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek dan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Expressway Samarahan - Kuching berhampiran La Promenade, Kota Samarahan, semalam. Foto IPD Samarahan

Lelaki bertindak agresif dalam kemalangan di Jalan Expressway Samarahan direman

KOTA SAMARAHAN, 6 Okt: Lelaki yang bertindak agresif mengacu pisau kepada pihak polis dalam kemalangan di Jalan Expressway Samarahan – Kuching berhampiran La Promenade di sini, semalam, direman mulai hari ini untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, suspek berusia 24 tahun itu telah ditangkap dan turut dirampas sebilah pisau yang digunakan suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 ( 1 ) Akta Bahan Kakisan dan senjata berbahaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, sekitar jam 11.35 pagi semalam, Bilik Gerakan IPD Kota Samarahan telah menerima maklumat dari orang awam mengatakan sebuah kereta jenis Myvi telah terbabas di Jalan Expressway Samarahan – Kuching berhampiran La Promenade.

Katanya, anggota MPV yang bertugas telah tiba di tempat kejadian dan cuba memberikan bantuan kepada pemandu terbabit.

“Semasa anggota polis cuba mengeluarkan lelaki yang merupakan pemandu kenderaan yang terlibat tiba-tiba lelaki tersebut telah mengacukan sebilah pisau kepada anggota yang bertugas.

“Lelaki tersebut telah cuba ditenangkan namun gagal memberikan kerjasama. Lelaki itu telah berjaya ditahan dengan bantuan anggota bomba yang turut berada di lokasi,” ujarnya.

Katanya, supek dipercayai dalam perjalanan dari Kuching ke Kota Samarahan, sebelum itu kereta yang dipandu suspek telah melanggar empat buah kenderaan mengakibatkan suspek hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan