KUCHING, 6 Okt: Kuching Jazz Festival 2024 semalam melabuhkan tirai selepas dua hari berlangsung sejak Jumaat.
Meskipun hujan lebat melanda Bandar raya Kuching, peminat tetap bersemangat menantikan festival tersebut yang dimulakan dengan persembahan Improsiver sekitar jam 7:30 malam.
Turut melakukan persembahan ialah Fazz, Sang Timur, Aruel & The FaSoLa dan Atilia Haron.
Festival dihangatkan persembahan penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dengan lagu seperti Hingga Tua Bersama, Mantra Cinta, Seperti Kisah, Cuek, dan banyak lagi.
Berlangsung sejak Jumaat lepas, festival tersebut turut menampilkan penyanyi terkenal seperti Zee Avi (Malaysia) , Payung Teduh (Indonesia) , SUHU (Malaysia) , Mellow Motif (Thailand) dan Swaiv (Malaysia). – TVS