Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden China Xi Jinping berjanji untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara ketika mereka bertukar-tukar mesej menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik. Foto hiasan Envato

Kim Jong Un, Xi Jinping bertukar mesej pada ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik

ByBernama

SEOUL, 6 Okt: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden China Xi Jinping berjanji untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara ketika mereka bertukar-tukar mesej menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik.

Kim dalam mesej kepada Xi berkata bahawa ia mematuhi “kepentingan asas kedua-dua negara untuk sentiasa meneruskan dan membangunkan persahabatan Korea Utara-China yang mempunyai sejarah panjang dan tradisi yang baik,” lapor Agensi Berita Yonhap memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

“Parti kami dan kerajaan akan terus berusaha untuk menyatukan dan membangunkan hubungan mesra dan kerjasama antara Korea Utara dan China seperti yang dikehendaki oleh era baharu”, kata Kim.

Xi dalam mesejnya kepada Kim berkata hubungan antara kedua-dua negara telah “menghadapi perubahan zaman dan ujian situasi antarabangsa yang sentiasa berubah dan menjadi aset berharga yang dikongsi bersama oleh kedua-dua negara dan rakyat mereka.”

“Saya memberi penekanan besar terhadap pembangunan hubungan China-Korea Utara”, kata Xi sambil menambah bahawa Beijing bersedia untuk mengukuhkan lagi hubungan “melalui komunikasi dan penyelarasan strategik yang diperkukuh dan pertukaran serta kerjasama mesra yang lebih mendalam.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan