Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mendiang Puan Sri Elizabeth Pawa. Foto Alexander Nanta Linggi (FB)

Ibu mentua Menteri Kerja Raya meninggal dunia

KUCHING, 6 Okt: Ibu mentua kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Puan Sri Elizabeth Pawa, 76, meninggal dunia di kediamannya di sini pada 9.55 pagi hari ini.

Nanta mengumumkan berita duka itu dalam satu hantaran di Facebook yang turut memuat naik gambar keluarga bersama ibu mentuanya.

“Pemergian ibu yang amat kami sayangi … satu kehilangan yang tiada galang ganti dalam kehidupan kami dan kami amat berdukacita.

“Kami dengan rendah hati memohon anda semua mendoakan kami dikurniakan kekuatan untuk menghadapi kehilangan ini serta mengenang dan menghargai legasi ibu tercinta,” katanya.

Nanta berkata Elizabeth yang juga isteri kepada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Celestine Ujang telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan setiap insan yang mengenalinya.

“… memori indah itu akan senantiasa terpahat dalam sanubari kami. Meskipun amat sedih dengan pemergiannya namun detik-detik indah serta kenangan yang kami kongsi bersama menjadi penawar duka,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan