Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Umar menangkis serangan tendangan kaki daripada Kabilan. Foto TVS

Guna siku jadi teknik Umar tewaskan Kabilan

ByTVS

KUCHING, 6 Okt: Strategi menggunakan siku dalam usaha melepaskan diri dalam pergelutan antara teknik yang digunakan Juara Kejohanan Muay Thai Piala Yang Di-Pertua Negeri Sarawak 2024 bagi kategori berat 62 kg Pro, Umar Usman Abu Bakar, 23 dalam menghadapi lawannya Kabilan Jelevan

Lebih dikenali dengan nama Umar Red Wolves di gelanggang muaythai, beliau mengkaji teknik yang digunakan oleh Kabilan menerusi rakaman pertandingan One Championship yang mana Kabilan mempunyai kekuatan dalam teknik bergelut selain kekuatan tumbukan dan tendangan

Justeru anak muda kelahiran Pelabuhan Klang, Selangor itu menjelaskan beliau menggunakan teknik siku sewaktu bergelut dalam usaha melemahkan lawannya yang turut mempunyai kelebihan penyokong di gelanggang sendiri.

“Saya banyak kaji dari perlawanan dia (Kavilan) dari One Championship, dengan Fairtex Fight, cara dia berlawan memang menggunakan teknik bergelut, tumbukan dan tendangan yang padu

“Saya berlatih dengan jurulatih saya, Sufian Suhaimi dari Red Wolves Muay Thai dan dari situ kita mendapat idea untuk menangkis serangan Kabilan menggunakan siku,” katanya.

Umar berkata demikian kepada TVS selepas ditemui selepas pertandingan tersebut di Panggung Udara di Kuching pada malam Sabtu.

Terdahulu pertandingan akhir antara kedua-dua jaguh Muay Thai itu berakhir dengan seri 19 mata dan memasuki masa tambahan.

Diakhir pertandingan, juri memutuskan kemenangan berpihak kepada Umar dari sudut kelebihan mata

Sementara itu bagi kategori berat 52 kg Pro, peserta pilihan Hasbullah Mood dari Kelab Muay Thai Phienix Meranek tumpas ditangan Aman Koboi dari Kelab Glorious Muay Thai Club (GMC)

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir menyempurnakan majlis penutupan

Hadir sama Presiden Persatuan Muay Thai Sarawak Jumaat Ibrahim dan Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan